Ahad, 5 Jun 2016

CATATAN HATI .. BUAT HATI YANG PUNAH ..

 Assalamualaikum .


Moga sentiasa berada dalam naungan rahmat Allah . In Shaa Allah..
Moga catatan ini dapat menyedarkan kita semua .. :)


Adakalanya aku merasakan bahawa dunia ini empunya adala kita .
Adakalanya aku merasakan bahawa dunia ini terlalu luas untuk diterokai.
Adakalanya aku mencari apa tujuan aku disini .
Adakalanya aku memerhatikan keindahan alam yang dicipta oleh-NYA.
Adakalanya aku merasakan diri  ini terlalu hina untuk meminta kepada YANG ESA.
Adakalanya aku merasakan bahawa dunia ni terlalu sempit untuk diduduki .

Adakalanya aku terfikir mengapa aku mengejar kepada CINTA yang TAK PASTI.

Adakalanya aku merasakan Cinta kepada YANG ESA susah untuk dikecapi.



TAPI apakan daya semua yang berlaku didunia ini semua berada dalam perancanganNYA.

CAHAYA yang diberikan  harus kita jaga supaya ia tidak terpadam ditiup dosa,
Agar kita menjadi hambanya yang bersyukur.
Dunia ini merupakan tempat yang hina  tetapi apabila dihadirkan NUR Muhammad dunia ini dipandang oleh SANG PENCIPTA.
Untuk Menurunkan RAHMATNYA.

CINTA kepada tuhan YANG ESA akan membawa kepada  SYURGA yang telah dijanjikan.


Beruntungnya bagi orang yang menyedari bahawa hidup didunia ini hanyalah seketika.


CINTA kepada YANG ESA merupakan satu penantian yang PASTI.
CINTA kepada YANG ESA memimpin kepada ketenangan hati.
CINTA kepada YANG ESA merupakan satu kemanisan.
CINTA kepada YANG ESA mengingatkan kepada siapa kita.


Sedarlah ! Wahai hati yang punah .

Tentang hakikat dunia ini .

#santapan

#adakalanya
#cintakepadayanghakiki

STAY SMILE

HAVE A GOOD DAY

THANK YOU

MAY ALLAH BLESS YOU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan