Sabtu, 17 Disember 2016

MATA


Assalamualaikum ..


Dah lame tak menulis ..
Maklumlah sibuk dengan PT3 ...


Terimalah hasil penulisan dari seorang hamba yang hina ...




Engkau bakal menghadapi hari penghisaban.




Engkau akan dihisab.




Apakah daya mulut ini untuk berdusta.




sedangkan sang pencipta dihadapan kita.




Hanya engkau yang akan berbicara,




Jagalah diri engkau.




Jagalah diri dari menjada hamba kepada iblis sang durjana .




Pertemuan antara hamba dan sang pencipta tidak dapat dielak.




Adakah engkau mahu bertemu dengan-NYA dalam keadaan yang hina.




Engkau selalu lupa bahawa diri akan diadili Yang MAHA MENGADILI.




Jagalah diri engkau.




Engkau bakal melihat keindahannya lebih indah dari seluruh alam yang pernah engkau lihat.




Lebih indah dari bulan purnama adalah Rasulullah.




Manakan indah Tuhan kita yang menciptakan Rasul kita .




SUBAHANALLAH




Itu sahaja ungkapan yang dapat engkau ucapkan.




Melihatnya merupakan nikmat yang terbesar bakal engkau hadapi ketika berada disyurga.




Engkau sering melihat perkara yang akan membwa engkau kelembah neraka.




Tetapi engkau ingin melihat keindahan-NYA.




Tanya pada diri.




LAYAKKAH ???




Engkau sering melihat kemungkaran.




Apakah tindakan engkau .




Hanya duduk diam tanpa berbuat apa-apa .




Sering melihat diri melakukan dosa .




Apakah daya pada diri ini yang serba lemah .




Mampu berdoa pada MAHA PEMBERI PENGAMPUNAN




Dengan mata inilah akan membawa engkau kedua perhentian terakhir ..




Kesyurga atau neraka ..




Moga bermanfaat ..




Kalau rasa ada yang perlu diperbetulkan..

Jangan malu jangan segan .
📢📢

Rabu, 8 Jun 2016

NIKMAT (ISLAM)

Ku dahulukan  penulisan ku dengan,

Assalamualaikum .. 

Moga sentiasa ceria .. Moga sentiasa berada dalam rahmat Allah .. Moga sentiasa berada dalam Naungan taufiq dan hidayah-NYA


Zaman kini ramai yang dikatakan sering alpa akan tujuan sebenar mereka dikirimkan kedunia yang fana ini.

Apakah kita ingin dustakan nikmat yang telah ALLAH kurniakan
kepada kita , semua mengetahuinya bahawa ia nikmat terbesar.

Ia itu NIKMAT ISLAM.

Apabila difikirkan balik betapa bertuahnya kita dilahirkan dalam keluarga ISLAM .

Amat bertuah bagi orang yang mendapat pendidikan agama diperingkat kanak-kanak.


Adakah ketika kita  masih hidup ini.
Agama didalam kematian.

Ketika aku masih hidup,
Ada yang masih meninggalkan solat fardhu.

Ketika aku masih hidup,
Ada yang melakukan maksiat.

Ketika aku masih hidup,
Ada didalam keluarga aku masih meninggalkan solat.

Ketika aku masih hidup,
Ramai diantara rakan-rakan,saudara-mara yang masih melakukan maksiat.

Ketika aku masih hidup,
Ramai lagi diluar sana yang masih tidak mendapat CAHAYA NUR ISLAM.

Ketika aku masih hidup,
Ramai meniinggal dunia dalam kekufuran.

Ketika aku masih hidup,
UMAT ISLAM ramai yang masih MENYOMBONGKAN DIRI.



Betapa hinanya diriku ini,
Telah diberi nikmat islam
Tetapi masih menyombongkan diri.
Merasa malu untuk menyebarkan kebenaran.
Membiarkan umat dalam kemusnahan.

#dirihina
#nikmatmanatuhanmuyangtelahengkaudustakan

Moga bermanfaat .

Dunia bagaikan lautan yang luas. Manusia ibarat kapal yang berlayar di lautan. Banyak yang tenggelam, tapi banyak juga yang masih berlayar, mereka yang mampu mengarungi lautan itulah yang akan merasakan nikmat Allah.


Isnin, 6 Jun 2016

Sebuah kebenaran .

Assalamualaikum...

SEMOGA SENTIASA BERADA DALAM NAUNGAN RAHMAT ALLAH ...




Adakala ia susah untuk diungkapkan.
Ungkaplah walaupun ia satu penderitaan.
Kerana kita harus mengejar CINTA YANG HAKIKI.
Bagaimana kita melakukan dosa, Tetapi ingin mencium SYURGA FIRDAUS.

Malu kepada MANUSIA melebihi malu kepada TUHAN;
Adakah ia satu gurauan.

Katakanlah yang benar untuk memelihara hubungan dengan tuhan.
Katakanlah yang benar agar kehidupan menjadi tenang.

Kamu ingin kan SYURGA tetapi kamu mengatakan sesuatu yang tidak benar.
Kamu berbohong untuk mengecapi pujian daripada manusia.


Pujian itu ibarat SAMPAH,
Adakalanya kita perlu kutip
Untuk menambahkan semangat,
Dan perlu dibuang 
Agar hati terpelihara.




Kamu berbohong agar manusia memandang kamu mulia.

Adakah ia satu cara untuk menunjukkan rasa syukur pada TUHAN.

Jadikanlah kamu contoh ABU BAKAR R.A yang  mendapat gelaran as-siddiq.

Lihatlah pada diri adakah ia bersedia untuk menghadap sakaratul maut.

Tanyalah pada diri.

Berkata benar walaupun ia pahit .

#berkatabenar
#sebuahkegembiraan

Who is your guard.
ALLAH.
He is the greatest.

#muhammadali
#al-fatihah






Ahad, 5 Jun 2016

CATATAN HATI .. BUAT HATI YANG PUNAH ..

 Assalamualaikum .


Moga sentiasa berada dalam naungan rahmat Allah . In Shaa Allah..
Moga catatan ini dapat menyedarkan kita semua .. :)


Adakalanya aku merasakan bahawa dunia ini empunya adala kita .
Adakalanya aku merasakan bahawa dunia ini terlalu luas untuk diterokai.
Adakalanya aku mencari apa tujuan aku disini .
Adakalanya aku memerhatikan keindahan alam yang dicipta oleh-NYA.
Adakalanya aku merasakan diri  ini terlalu hina untuk meminta kepada YANG ESA.
Adakalanya aku merasakan bahawa dunia ni terlalu sempit untuk diduduki .

Adakalanya aku terfikir mengapa aku mengejar kepada CINTA yang TAK PASTI.

Adakalanya aku merasakan Cinta kepada YANG ESA susah untuk dikecapi.



TAPI apakan daya semua yang berlaku didunia ini semua berada dalam perancanganNYA.

CAHAYA yang diberikan  harus kita jaga supaya ia tidak terpadam ditiup dosa,
Agar kita menjadi hambanya yang bersyukur.
Dunia ini merupakan tempat yang hina  tetapi apabila dihadirkan NUR Muhammad dunia ini dipandang oleh SANG PENCIPTA.
Untuk Menurunkan RAHMATNYA.

CINTA kepada tuhan YANG ESA akan membawa kepada  SYURGA yang telah dijanjikan.


Beruntungnya bagi orang yang menyedari bahawa hidup didunia ini hanyalah seketika.


CINTA kepada YANG ESA merupakan satu penantian yang PASTI.
CINTA kepada YANG ESA memimpin kepada ketenangan hati.
CINTA kepada YANG ESA merupakan satu kemanisan.
CINTA kepada YANG ESA mengingatkan kepada siapa kita.


Sedarlah ! Wahai hati yang punah .

Tentang hakikat dunia ini .

#santapan

#adakalanya
#cintakepadayanghakiki

STAY SMILE

HAVE A GOOD DAY

THANK YOU

MAY ALLAH BLESS YOU